.:: Aktiviti 2: Refleksi Topik Pengajaran::.

Monday, April 27, 2009

AKTIVITI 2:

Ketua kumpulan: Norhidayah binti Arpi
Pencatat: Nur Faizah binti Azizan
Pembentang: Yusnaini

Refleksi:

Tajuk pengajaran: Sistem pengangkutan dalam tumbuhan.
Subtajuk: Pengangkutan air melalui xilem.

Masalah: Pelajar sukar memahami dan membayangkan proses pengangkutan air dalam tumbuhan.

Penambahbaikan:

1) Guru mengubah cara mengajar daripada cara kuliah kepada cara demonstrasi.

2) Menunjukkan video yang mempunyai gambar keratan rentas batang tumbuhan serta pergerakan air yang diangkur oleh tumbuhan.

3) Melakukan amali di dalam makmal.

Kesan: Pelajar lebih memahami proses pengangkutan air melalui xilem.

.::Aktiviti 1-Refleksi Selepas BIG 2::.

AKTIVITI 1:

- Selepas mengikuti program BIG refleksi ke atas masalah dalam diri anda
- Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri
- Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik:
- Matlamat (umum)
- Senaraikan objektif
- Pelan tindakan
- Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
- Rancang bagaimana anda ingin mengambil data
- Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
- Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksana mencapai objektif.


JAWAPAN:

Masalah : 1) Kurang keyakinan diri dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin sama ada untuk membimbing diri sendiri dan orang lain.

Matlamat: Memiliki daya kepimpinan yang tinggi dan menjadi seorang yang mempunyai jatidiri serta keyakinan diri yang cemerlang.

Objektif:

1) Dapat memimpin diri sendiri menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
2) Dapat menjadi seorang ketua untuk diri sendiri serta orang lain dengan kepimpinan yang teratur dan berkesan.
3) Dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam sesuatu organisasi.
4) Dapat menjadi seorang ketua yang mempunyai kepercayaan pada diri sendiri serta orang lain.

Langkah-langkah:

1) Merancang setiap aktiviti serta tugasan yang diterima dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam jangkamasa yang diberikan.
2) Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang dimiliki dan menjadikan sesuatu tugasan sebagai amanah yang harus dilaksanakan.
3) Melakukan refleksi kendiri serta melalui pendapat dan pandangan orang lain. Mengubah dan memperbaiki setiap kekurangan yang dikenalpasti.
4) Memupuk sikap percayakan diri dan orang lain serta berfikiran positif.

Pengambilan data:

1) Mencatat segala kekurangan dan kelemahan diri melalui refleksi dan pandangan rakan-rakan.

Memantau pelaksanaan perancangan:

1) Refleksi
2) Bertanya pendapat rakan-rakan tentang perubahan diri

Menilai pencapaian sama ada menepati objektif atau tidak:

1) Mengenalpasti perubahan dalam diri dan sikap menepati masa.
2) Meneliti kekemasan serta pelaksanaan tugas sama ada teratur dan berkesan.
3) Menilai hasil sesuatu tugasan.
4) Dapat menyerahkan pelaksanaan tugas pada orang lain tanpa rasa ragu-ragu.

.:: Contoh Kajian Tindakan::.

Sunday, April 26, 2009

Persoalan yang dikemukakan ialah kenapa ramai para pelajar walaupun para pelajar aliran sains tidak mahir mengendalikan eksperimen-ekperimen di dalam makmal.

Pada peringkat refleksi, guru harus mengenalpasti kelemahan sendiri semasa mengendalikan proses amali di dalam makmal. Kemudian beralih kepada menegnalpasti kelemahan pelajar semasa berada di dalam makmal. Kebanyakkan sekolah di negara ini mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai di dalam satu kelas. Jadi, semasa proses amali dijalankan, para pelajar yang tidak dapat melihat dengan jelas demo yang guru lakukan akan mengalih perhatian serta fokus kepada perkara lain seperti berbual-bual dengan rakan.

Selepas itu, guru boleh merancang dan merencana sesuatu yang lebih teratur untuk aktiviti makmal yang seterusnya supaya semua para pelajar berpelang melakukan amali yang dijalankan. Dengan cara ini, semua pelajar dapat melakukan ekperimen yang dijalankan.

Contoh eksperimen ialah menguji kehadiran karbon dioksida dengan cara meniup air sehingga bertukar menjadi keruh. Air yang keruh menunjukkan kehadiran karbon dioksida. Pada peringkat ini, para guru boleh menggunakan inisiatif lain selain menggunakan radas makmal yang semestinya terhad. Alternatif lain seperti menyuruh para pelajar membawa botol plastik dan kemudian meniup air yang diisi di dalam botol dengan straw sehingga keruh. Dengan cara ini, tiada pelajar yang hanya menjadi pemerhati.

Semasa pelaksanaan, guru bertindak sebagai pemerhati untuk memastikan keberkesanan alternatif atau metodologi yang digunakan. Sekiranya gagal, refleksi akan dilakukan semula.

.::Jenis-jenis Kajian Tindakan::.

1. Kajian guru secara individu

Kajian tindakan jenis ini hanya menumpukan kepada isu-isu di dalam kelas sahaja. Ini termasuk susun atur kelas, penglibatan pelajar di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar.

2. Kajian secara kolaboratif

Kajian jenis ini pulan memfokuskan kepada isu-isu dalam beberapa kelas yang menghadapi masalah dan situasi yang sama.

3. Kajian dalam sekolah

Kajian jenis ini agak luas sedikit kerana merangkumi isu-isu luar bilik darjah iaitu melibatkan isu-isu yang berlaku di sekolah.

4. Kajian dalam daerah

Kajian ini melibatkan isu-isu seperti pencapaian akademik sekolah dan pengurusan organisasi beberapa buah sekolah yang berada dalam satu daerah. Kajian ini lebih kompleks berbanding ketiga-tiga kajian di atas.

.::Konsep Kajian Tindakan::.

Menurut Kemmis dan Mctaggart (1998),kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

McNiff (1988) pula menyatakan kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Proses-proses yang terlibat dalam kajian tindakan ialah mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. Keempat-empat proses ini akan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan.


Action Research Books

Friday, April 24, 2009

Title: Research for Educational Planning: Notes on Emergent Needs
Author: William J. Platt
Year published: 1970
Publisher: UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization)
Publisher State: Belgium

Title: Philosophy of Educational Research(2nd edition)
Author: Richard Pring
Year published: 2000
Publisher: continuum
Publisher State: London

Pembuka Bicara...

Tuesday, April 21, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah..setelah 4 bulan menempuh suka duka sebagai seorang pelajar DPLI akhirnya kini telah melangkah ke semester tiga... Dengan semangat dan azam baru setelah 'dibasuh' dan diuji mental serat fizikal semasa Program Bina Insan Guru Pangkor, insya Allah diri ini akan berusaha menjadikan hari esok adalah lebih baik daripada semalam...

Blog ini diwujudkan khas untuk kursus GGGB 5023-Kajian Tindakan di bawah kelolaan Dr. Siti Fatimah Mohd. Yassin serta pensyarah lain iaitu Hajah Halimah Harun, Puan Nor Sakinah Mohamad dan Dr. Mohd. Izham Hamzah.

Insya Allah dengan bimbingan semua para pensyarah, kami dapat menyempurnakan kursus ini dengan sempurna...