.::Kuliah 6-Proposal::.

Monday, June 8, 2009

Tarikh: 25 Mei 2009

Pensyarah: Hajah Halimah Harun


AKTIVITI 1


Para pelajar diarah menjawab soalan-soalan berikut:
  • Nama dan No Matrik
  • Bidang Pengkhususan
  • Alamat Tetap
  • Status
  • Mengapa ingin menjadi guru?
  • Guru yang paling disukai dan kenapa?
  • Guru yang paling dibenci dan kenapa?
  • Apakah tugas guru?
  • Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir

Selepas selesai, kertas jawapan diserahkan kepada Hajah Halimah, pelbagai jawapan yang menarik dibincangkan. Hajah Halimah turut menerangkan, tugas guru bukanlah mengajar atau memberitahu, tetapi tugas guru ialah berkongsi, "Education is a sharing profession". Gambar-gambar pokok yang dilukis menggambarkan peribadi serta keyakinan diri dan personaliti seseorang.

AKTIVITI 2

Para pelajar diarah mencari pasangan masing-masing kemudian melakukan tugasan berikut:

a. Memilih satu tajuk kertas pembentangan yang dibentangkan di Seminar Serantau UKM-UNRI.
b. Tuliskan isi-isi penting yang difahami.
c. Bentangkan di hadapan kelas.

Ahli Kumpulan:
1. Nur Faizah Azizan
2. Najwa Hayatee Abdullah

Tajuk: Meningkatkan Kemampuan Menulis Mahasiswa Program Studi Bahasa Inggeris FKIP UNRI melalui Pembelajaran Koperatif STAD
Pembentang: Novitri
Sesi: Selari 4C (2-4pm)
Tempat: Bilik Sri Menanti, Kelana Resort, Seremban.

AKTIVITI 3

1. Bentuk sebuah kumpulan dengan 5 orang ahli (berlainan bangsa, jantina dan pengkhususan)
2. Bincang dan bina tajuk yang sesuai untuk sebuah kertas cadangan/proposal.
3. Proposal mesti dihantar pada 28 Mei 2009.

Ahli Kumpulan:

  • Najwa Hayatee Abdullah (Bio)
  • Nur Faizah Azizan (Bio)
  • Halina Yusof (PI)
  • Norbasirah Saodi (PI)
  • Nor Afsah (PI)

Tajuk : Meningkatkan Penghafalan dan Penguasaan Dhomir Bahasa Arab Menggunakan Teknik Berlagu di Kalangan Murid Tahun 2 (j-QAF).

0 pendapat:

Post a Comment