.::Kuliah 3- Konsep Perubahan Dalam Pendidikan::.

Wednesday, May 6, 2009

Perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan. (Oliver, 1996- The Management of Education Changes: A Case Study Approach.

Jenis-jenis perubahan (Dessler, 1995):

1. Perubahan ke arah peningkatan.
- memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi.

2. Perubahan strategik organisasi.
- perubahan melibatkan keseluruhan organisasi.

3. Perubahan reaktif.
- perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.

4. Perubahan akibat daripada jangkaan.
-perubahan dilakukan bukan disebabkan desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif.

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

6 dimensi perubahan:

1. Tujuan perubahan
2. Unit perubahan
3. Sifat perubahan
4. Magnitud perubahan
5. Skop perubahan
6. Jangkamasa perubahan

MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. Model Penggabungan Roger
- Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.
- Masalah atau keperluan ini berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau
jangkaan pembangunan akan datang.
- Setelah masalah atau keperluan telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan
tersebut dan bagaimana masalah diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan
yang banyak. Seterusnya menghasilkan inovasi.
- Roger akui inovasi tidak semestinya terhasil api mungkin terhasil daripada penyelidikan
tetapi mungkin terhasil daripada amalan praktikal.
- Perkara ini dinamakan knowing-in-action, iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengalaman
menjadi penting dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter
- Kanter (1998) - Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi
dibahagi kepada beberapa tugas utama.
- 4 tugas inovasi =
a. penjanaan idea
b. membina idea
c. realisasi idea
d. pemindahan idea

3. Model Rand
- berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corp. (1973-1978) dengan sokongan pejabat
Pendidikan AS tentang perubahan pendidikan (Berman & McLaughin, 1978)
- Tujuan utama kajian = Menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan
pendidikan ke arah pengumpulan data & analisis.
- Berman & McLaughin, 3 langkah proses perubahan di sekolah =
a. Daya usaha
b. Implementasi
c. Penggabungan

4. Model ACOT
- Berdasarkan projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT), kajian pengenalan komputer
dalam bilik darjah.
- Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
- Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses P & P iaitu:
a. Kemasukan
b. Memilih
c. Menyesuaikan
d. Penggunaan
e. Merekacipta

0 pendapat:

Post a Comment