Sorotan literatur merupakan sorotan ke atas bahan bacaan yang telah dibaca seperti jurnal, artikel, kertas seminar dan lain-lain.
Dalam sorotan literatur, beberapa kaedah digunakan iaitu:
a. Membanding dan membeza
- Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau
peristiwa.
- digunakan apabila:
a. ada 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
b. membuat keputusan atau pilihan
- langkah penggunaan:
i. perhatikan dan berikan tumpuan pada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan.
ii. kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut.
iii. nyatakan ciri persamaan dan perbezaan
b. Menganalisis
- menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud yang
tersirat.
- digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali
prinsip-prinsip yang terlibat.
c. Menilai
- mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah.
- digunakan apabila:
a. ingin memilih sesuatu
b. menerima atau menolak sesuatu idea
d. Kesimpulan
- menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada 1 hipotesis dan mengukuhkan
berdasarkan penyiasatan.
- digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong
kenyataan.
e. Mensintesis
- menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 pendapat:
SELAMAT HARI GURU
Selamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar
srsfeqah: yupz..selamat2
teori semata2....
Post a Comment