Ulasan Buku

Sunday, May 24, 2009

Title: A Teacher's Guide To Classroom Research, 2nd Ed
Author: David Hopkins
Year published: 1993
Publisher: Open University Press
Publisher State: Buckingham


1. Konsep Kajian Tindakan

Kajian tindakan menggabungkan antara kepentingan tindakan dan prosedur kajian. Kajian tindakan melibatkan refleksi yang seterusnya mewujudkan proses penambahbaikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melakukan perubahan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, kajian tindakan lebih baik dilakukan secara koloboratif. Kajian tindakan dalam pendidikan lebih tertumpu kepada pembangunan kurikulum, pembangunan profesionalisma dan program pembangunan sekolah.

Kajian tindakan di dalam bilik darjah merupakan satu langkah yang diambil oleh guru untuk meningkatkan dan melakukan penambahbaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2. Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan?

Guru menjalankan kajian tindakan untuk memperbaiki mutu pengajaran mereka serta rakan guru yang lain. Selain itu, kajian tindakan yang dilakukan boleh meningkatkan tahap profesionalisma seseorang guru, memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan meliputi kegunaan kajian tindakan di dalam bilik darjah.

3. Rekabentuk kajian tindakan.

i.Model

· Action research spiral (Stephen Kemmis)

Model ini melibatkan perancangan (plan), tindakan (act), pemerhatian (act), refleksi (reflect). kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan penambahbaikan terhadap perancangan asal. Walaupun begitu, model ini dikatakan terlalu ringkas kerana kajian dilakukan tanpa pemerhatian awal.

· Model kajian tindakan Elliot

Elliot menyatakan model Kemmis terlalu ringkas lalu mereka sebuah model lingkaran seperti Kemmis tetapi menunjukkan proses-proses dengan lebih terperinci.

· Model kajian tindakan Ebbutt

Ebbutt memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran.

· Model kajian tindakan McKernan

Bagi mengelakkan sesuatu kajian tindakan menjadi lebih kompleks disebabkan oleh factor kekangan masa, James McKernan memperkenalkan model kajian tindakan “proses masa”.


ii.Sampel

Sampel melibatkan pelajar di dalam kelas.

iii.Seting kajian

Kajian dilakukan di dalam bilik darjah dan sekolah.

4. Prosedur kajian tindakan.

i. Membina fokus

· Kajian tindakan tidak semestinya dimulakan dengan suatu hipotesis atau masalah (Kemmis and McTaggart, 1981).

· Kajian tindakan dimulakan dengan satu idea yang umum tentang sesuatu yang boleh dipertingkatkan.

ii. Mendapatkan dan mengumpul data

· Data-data dan maklumat boleh diperoleh dengan pelbagai cara.

iii. Menganalisis data

· Data yang telah dikumpulkan perlu dianalisis. Proses analisis data melibatkan 4 proses iaitu pengumpulan data, kesahan hipotesis (triangulation techniques), mentafsir data (menjadikan data-data yang diperoleh mempunyai makna) dan akhir sekali bertindak berdasarkan keputusan yang telah diperoleh.

iv. Melaporkan tentang kajian yang dilakukan

· Walaupun kebanyakkan guru-guru yang menjalankan kajian tindakan bilik darjah tidak melaporkan hasil kajiannya pada orang lain namun data-data tersebut perlu dijadikan satu rujukan atau dibukukan supaya kajian yang sama boleh dijadikan rujukan dalam situasi yang berbeza.

· Garispanduan untuk menulis laporan kajian adalah seperti berikut:

§ Menyatakan tujuan:

a. Jelaskan matlamat

b. Rasional sesuatu kajian dijalankan

§ Prosedur dan proses

a. Rekabentuk kajian

b. Teknik pengumpulan data

c. Konsep

d. Keadaan sebenar tentang apa yang berlaku

§ Keputusan dan pelaksanaan

a. Keputusan yang diperoleh daripada kajian

b. Implikasi secara teori

c. Tindakan yang diambil sebagai keputusan

d. Penilaian terhadap tindakan

§ Meta-analysis

a. Melihat dan meneliti semula kesemua proses

b. Kesimpulan tentang kegunaan kajian

c. Perubahan yang akan dilakukan pada masa akan datang

· Penerbitan dan kajian

§ Penerbitan dilakukan untuk berkongsi hasil kajian dengan guru-guru dalam sekolah yang sama.

5. Pengumpulan data dan penganalisisan data

i. Instrumen kajian dan Teknik mengumpul data

· Pemerhatian

· Catatan lapangan

· Rakaman pita audio

· Diari pelajar

· Temubual

· Rakaman pita video

· Soal selidik

· Sosiometri

· Bukti dokumentari

· Rakaman video dan pita/slaid

· Kes kajian

ii. Teknik menganalisis data

· Model interaktif untuk analisis data:

§ Pengurangan data: memilih, memfokus, meringkaskan,membuat abstrak dan menukar data mentah yang didapati dalam nota lapangan.

§ Memaparkan data: data-data yang dipaparkan digabung menjadi maklumat untuk membuat satu kesimpulan dan melaksanakan tindakan.

§ Membuat kesimpulan

6. Etika kajian tindakan

i. Protokol pemerhatian: Tujuan, nasihat, dan kebenaran diperoleh daripada staf atau subjek (pelajar) yang terlibat.

ii. Melibatkan peserta (subjek): Menggalakkan penyertaan orang-orang yang mempunyai kepentingan untuk meningkatkan mutu pekerjaan.

iii. Berunding dengan orang yang terlibat: Penyelidik atau guru harus mengambil kira tanggungjawab dan harapan orang lain kerana tidak semua orang mahu terlibat secara langsung.

iv. Melaporkan perkembangan: Sentiasa meminta pendapat daripada teman-teman untuk membaiki kerja-kerja yang dilakukan.

v. Mendapatkan kebenaran: Untuk sebarang kerja-kerja rakaman, mengambil salinan, pemerhatian, menggunakan petikan-petikan daripada orang lain dan segala proses pengumpulan data daripada rakan sekerja atau orang lain kebenaran harus didapatkan terlebih dahulu.

vi. Mengambil kira cara penulisan laporan untuk pelbagai peringkat: Setiap pembaca memerlukan laporan yang berlainan. Oleh itu, sebagai penyelidik, laporan formal dan tidak formal harus disediakan untuk dipersembahkan dalam mesyuarat sekolah, dalam majalah, dijadikan artikel dan sebagainya.

7. Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan.

i. Teknik pemetaan segitiga (triangulation technique)

· Diperkenalkan oleh John Elliot dan Clem Adelman

· Melibatkan situasi pembelajaran daripada 3 sudut berbeza iaitu nama pengajar, para pelajar dan pemerhati.

ii. Teknik penepuan (saturation technique)

· Teknik yang mana tiada maklumat tambahan yang akan ditemui bagi menambah ciri-ciri dalam sebuah kategori.

· Merujuk kepada frekuensi dan taburan sesuatu fenomena.

iii. Audit trail

· Menyediakan jejak audit amat penting untuk:

§ mendokumentasi siasatan untuk membantu tinjauan yang seterusnya.

§ membantu dalam penyimpanan data.

8. Penilaian keseluruhan buku.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan untuk semua guru sama ada guru novis atau guru yang telah lama berkhidmat kerana buku ini memberi panduan tentang cara pelaksanaan sesuatu kajian tindakan dengan teliti beserta contoh. Dengan itu, guru-guru boleh menjadi buku ini sebagai rujukan untuk melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk meningkatkan mutu prestasi pengajaran mereka.

0 pendapat:

Post a Comment